Salvia 'Adora Blue' ini amat digemari penanam kerana ia mempunyai sifat pertumbuhan yang lebat dan bergumpal dengan batang bunga yang banyak. Mempunyai kelopak bunga biru violet yang gelap pada batang bunga yang menegak. Apa yang menjadikan Salvia ini lebih unik adalah pembungaan berwarna biru yang banyak yang dihasilkan pada tahun pertama penanaman dari biji benih. Dengan percabangan yang padat serta pertumbuhan beberapa batang, ia memberikan warna yang amat menarik dari Mei hingga Jun. Specimen yang unik ini pastinya akan menarik perhatian dalam bekas dan juga taman. Tanpa vernalisasi, ianya boleh berbunga awal pada tahun pertama dan ini dapat memberikan penanam mendapat tanaman yang tumbuh cepat dan ekonomi. 'Adora Blue' boleh ditanam sebagai annual pada awal musim bunga, dan juga sesuai sebagai perennial yang tradisional untuk lewat musim panas.
|